fbpx

ECRL diteruskan selepas isu rumah, tanah kubur selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri hanya akan membenarkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan Kampung Sungai Sireh, Sungai Delek dan Kampung Delek diteruskan setelah isu perumahan dan tanah perkuburan diselesaikan terlebih dahulu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari,kediaman baharu untuk penduduk yang terlibat dengan laluan projek ECRL menjadi keutamaan kerajaan negeri jika laluan tersebut tidak boleh dialihkan ke kawasan lain.

“Orang Kampung Sungai Sireh pada masa ini mesti masih tertanya-tanya tentang isu ECRL. Ada kawasan perumahan dan kawasan perkuburan yang terkena.

“Setakat ini kita hanya bersetuju secara asas pembinaan laluan itu. Secara teliti, pihak ECRL datang kepada kita menyertakan pelan bagaimana untuk melalui kawasan-kawasan tersebut,”katanya ketika berucap pada Program Kita Selangor Penyayang di Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Penduduk Taman Sungai Sireh di sini menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan bagi membina landasan ECRL tanpa sebarang pemakluman atau sesi libat urus bersama mereka.

Amirudin berkata, projek yang menjejaskan 86 kawasan perkuburan dan 89 perumahan tersebut akan diperhalusi secepat mungkin bagi memastikan petempatan penduduk tidak terkesan seandainya laluan tersebut kekal sebagaimanaa pelan asal.

“Kita pada awalnya cuba sedaya upaya elak laluan ini tetapi sekarang sudah separuh jalan (kita perlu juga teruskan). Kerana ada hutang besar ditanggung Kerajaan Persekutuan jika ia ditangguhkan, tapi tidak mengapa pegang janji saya. Isu ini menjadi keutamaan saya.

“Pulang dari sini kita akan mencari solusi, kenal pasti mana rumah gantian yang saudara boleh tinggal serta penilaian tanah-tanah yang dilanggar dan terpaksa ditempuh oleh ECRL dapat kita hadapi (bersama),”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI