fbpx

Demam ‘biasa, biasa maksudnya’ abang pisang goreng berkeju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLIP asal 'biasa, biasa maksudnya' Adib yang kini digunakan dalam pelbagai versi oleh warga TikTok.

HANYA kerana video berdurasi dua saat, seorang jejaka bernama Adib Aidil tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen sehingga tular dalam media sosial.

Semuanya disebabkan videonya ketika menerima tempahan untuk bisnes pisang goreng berkeju yang diusahakannya di Kajang, Selangor.

Disebabkan video ‘biasa? biasa maksudnya?’ tersebut, bisnes graduan sekolah penerbangan itu menerima jumlah pelanggan yang ramai hampir setiap hari sehingga pernah menjual lebih 200 kilogram (kg) pisang dalam tempoh kurang enam jam.

Selain memiliki wajah kacak, sifatnya yang dikatakan sebagai lelaki soft-spoken (bercakap lemah lembut) merupakan antara faktor dia tular dan menjadi kegilaan wanita.

Boleh dikatakan, platform media sosial khususnya TikTok seperti dilanda demam pisang goreng berkeju disebabkan jejaka berusia 24 tahun berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI