fbpx

Dapat layanan GRO dengan modal RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Menawarkan layanan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing bermula pada harga serendah RM100 hingga RM1,000 untuk memuaskan nafsu para pelanggan.

Kegiatan itu yang dijalankan sebuah pusat hiburan terbongkar dalam serbuan di sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Sungai Besi, di sini selepas digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi tadi.

Operasi itu mendapati harga bagi setiap GRO dikenakan mengikuti lima warna selempang dengan kadar berbeza-beza sambil berpakaian menjolok mata.

Seorang pekerja premis yang enggan dikenali berkata, pelanggan boleh mendapatkan selempang ini dengan harga sekitar RM100 hingga RM1,000.

“RM100 untuk selempang warna merah jambu dan paling mahal adalah warna hijau iaitu RM1,000.

“Pelanggan perlu bayar di kaunter dan kemudian selempang ini akan dikalungkan pada wanita terbabit untuk layanan minum dan berhibur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 254 individu diperiksa dalam operasi tersebut.

“Daripada jumlah itu, 104 adalah wanita disyaki GRO terdiri daripada lima warga Laos, Thailand (85), Vietnam (11) dan Indonesia (3) selain 23 lelaki warga asing disyaki pekerja premis membabitkan warga China (8), Thailand (3), India (1) dan Bangladesh (11),” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menjumpai bilik rahsia selain ruang dinding dan laluan tangga bertujuan untuk wanita asing terbabit menyorok dan melarikan diri.

“Awalnya, pusat hiburan itu seolah tertutup dan tidak beroperasi namun sebaliknya turut menyediakan bilik karaoke,” katanya.

Tambahnya, semakan mendapati ada antara warga asing terbabit tidak memiliki pasport, datang sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial serta bekerja di lain sektor.

“Selain itu, seorang lelaki tempatan juga telah ditahan kerana cuba melakukan provokasi terhadap pasukan operasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI