PETALING JAYA – Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina (Brahim’s) pengeluar makanan berjenama Brahim’s menyumbang sebanyak 30,000 pek makanan sedia di makan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat, sebanyak 8,000 pek makanan diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri untuk dihantar ke Damsyik mulai hari ini dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), manakala bakinya akan diserahkan kemudian.
“Sumbangan makanan itu terdiri daripada 20,000 paket nasi biryani ayam dan 10,000 nasi biryani kambing,” jelasnya.
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang besar dan Kerajaan Malaysia telah menubuhkan tabung bencana khas untuk membantu mangsa.
Sebagai warga korporat yang baik, Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina telah menyertai tabung khas bencana melalui sumbangan makanan. -KOSMO! ONLINE