fbpx

Berlakon jadi ‘valet’ sebelum larikan kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kelicikan 11 lelaki dan tiga wanita tempatan mencuri kenderaan mewah dengan taktik menyamar sebagai pekerja ‘valet’ serta pembeli kereta tumpas apabila kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya menerima 14 laporan polis berhubung kegiatan sindiket tersebut di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Pahang.

Katanya, kesemua laporan tersebut mendapati taktik dijalankan oleh sindiket ini menyasarkan pusat jualan kereta mewah, bengkel, perkhidmatan valet parking, dan kedai cucian kereta.

“Pemilik kenderaan akan diperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai pembeli atau pekerja valet membuatkan menyerahkan kunci kereta kepada ahli sindiket ini.

“Sindiket ini menjadikan kereta mewah seperti Mercedes Benz, Toyota, Honda, dan Volkswagen sebagai sasaran utama sindiket ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norsiah, sindiket ini turut dikesan pernah mendapatkan khidmat ‘jockey’ untuk menghantar beberapa buah kenderaan yang dicuri ke Thailand melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Sehubungan itu, hasil maklumat dan risikan dijalankan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta kontinjen yang terlibat berjaya menangkap 14 suspek serta dalang utamanya.

“Serbuan dilakukan berjaya menangkap 11 lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dan turut dirampas lima buah kereta curi.

“Justeru, kes disiasat di bawah Seksyen 279A, 411 Kanun Keseksaan. Kami menyarankan orang ramai mengetatkan prosedur penyerahan kunci kenderaan kepada wakil yang sah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI