fbpx

Angkara pusingan ‘U’ mengejut, penunggang motosikal koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Besar Hulu Bernam-Tanjung Malim, Hulu Selangor, kelmarin.

HULU SELANGOR – Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal selepas terlibat kemalangan sehingga koma akibat terlanggar sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ mengejut di Kilometer 9, Jalan Besar Hulu Bernam-Tanjung Malim, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan kereta jenis Honda City dipandu wanita tempatan berusia 22 tahun dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Katanya, jalan di kawasan kejadian merupakan garisan putus namun tiada papan tanda yang membenarkan membuat pusingan ‘U’ di situ.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu dari arah Hulu Bernam menuju ke Tanjung Malim telah membuat pusingan ‘U’ untuk balik ke rumahnya di Taman Pak Siong.

“Tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 22 tahun datang dari arah belakang telah melanggar sisi kanan kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian, ekoran kemalangan itu penunggang motosikal telah mengalami cedera parah di kepala dan kini tidak sedarkan diri atau koma.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI