PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri hingga pukul 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, ia melibatkan negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Di Kelantan (Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE