fbpx

Tak nak menangis tepi dinding, Alyah tolak program realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH

KUALA LUMPUR: Mahu menjaga kesihatan mental, Datin Alyah mengelak daripada menyertai program berkonsepkan pertandingan realiti nyanyian untuk bebas tekanan.

Penyanyi itu berkata, berikutan pilihan dibuat, dia terpaksa menolak tawaran beberapa stesen televisyen sebelum ini yang tentu saja ditolak secara baik.

“Fasa memasuki pertandingan sudah berlalu dalam kamus hidup saya kerana pernah melalui pelbagai pertandingan sepanjang hampir dua dekad dalam industri.

“Apabila ada stesen televisyen menawarkan peluang menyertai pertandingan, saya tolak sebab enggan lagi berdepan tekanan yang pernah membuatkan saya menangis di tepi dinding.

“Banyak faktor sampingan yang perlu saya fikirkan sebelum membuat keputusan ini tambahan pula ada dikalangan ahli keluarga terdekat mempunyai masalah jantung.

“Lagipun sekarang saya cuma mahu menikmati perjalanan ini, tetapi jika undangan membabitkan persembahan saya sedia terima,” katanya kepada Kosmo! Online.

SELAIN dilantik Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 di Bangi, Alyah juga akan menjayakan sebuah persembahan istimewa di hotel berkenaan pada bulan puasa nanti.

Alyah ditemui pada majlis perlantikannya sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 di Bangi, semalam.

Pembabitan penyanyi Kisah Hati itu di hotel terbabit adalah menerusi persembahan khas untuk bulan puasa nanti yang bakal diumumkan tarikhnya menerusi Instagram.

Akui isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS lagi, perkara berkenaan bukan disebabkan takut berdepan komen netizen seperti tanggapan segelintir pihak.

Baginya, sebagai penghibur komen mahu pun kritikan sebagai asam garam yang telah ditempuhi sejak mula terbabit dalam gelanggang seni hiburan.

“Kalau tidak masuk pertandingan pun, komen netizen ada di mana-mana kerana segala-galanya kini hanya di hujung jari.

“Suka atau tak, sekarang zaman media sosial yang tentu saja kita tidak boleh kawal orang lain. Perkara yang di bawah kawalan kita adalah apa yang kita mahu pilih,” ulas penyanyi berusia 42 tahun itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI