fbpx

Malaysia kekal ada hubungan bilateral dengan China, Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Steinmeier pada sidang akhbar bersama sempena lawatan rasmi Presiden Jerman di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. foto: FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Malaysia akan terus mengekalkan hubungan bilateral dengan negara-negara antarabangsa lain termasuk Eropah dan China berikutan kuasa besar itu merupakan antara rakan dagangan penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, China merupakan negara jiran dan rakan dagangan penting buat Malaysia dan atas sebab itu hubungan bilateral akan terus diperkukuhkan.

“Presiden Jerman (Frank-Walter Steinmeier) telah menjelaskan untuk memberi tumpuan kepada isu pembangunan ekonomi.

“Tentunya, China merupakan jiran dan rakan dagangan penting dan kita akan teruskan adakan hubungan bilateral yang baik dengan negara lain termasuk Eropah dan China,” katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Jerman di Perdana Putra tadi.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan ASEAN juga akan mengambil langkah untuk kekal berdamai dan jelas dengan pendirian.

“Walaupun sebagai negara demokrasi dan mempunyai kepercayaan kukuh terhadap elemen demokratik, kita akan meluahkan pandangan secara baik, tetapi dengan kedua-dua fokus dimana China adalah dagangan utama selain mahu mengekalkak keamanan di rantau ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI