fbpx

Kutipan derma gempa bumi Turkiye-Syria hampir RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMZAR Khalil Khalid (kiri) menerima mock cek wang sumbangan daripada wakil Masjid Kota Damansara di ibu pejabat MyFundAction di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor hari ini- Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

SHAH ALAM- Pertubuhan kemanusiaan, MyFundAction berjaya mengutip derma berjumlah hampir RM800,000 daripada orang awam dan masjid di sekitar Lembah Klang untuk mangsa gempa bumi di s Turkiye dan Syria.

Ketua Operasi Misi Bantuan Gempa Turkiye-Syria MyFundAction, Amzar Khalil Khalid berkata, derma tersebut diterima pihaknya setelah mewujudkan tabung khas pada minggu lalu bagi membantu mangsa bencana itu.

“Antara masjid dan surau yang memberikan sumbangan adalah Masjid Kota Damansara, Masjid As Salam Puchong, Surau Al-Furqan Putrajaya, Surau Al-Hijrah Kota Kemuning dan pertubuhan amal, An Nisaa Care.

“Sebelum tabung ini dilancarkan, kami telah sumbangkan RM700,000 juga hasil derma orang awam bagi membantu mangsa bencana berkenaan pada minggu lalu,” katanya dalam majlis penyerahan derma Bantuan Gempa Turkiye-Syria MyFundAction di ibu pejabat MyFundAction di Kota Kemuning, di sini hari ini.

Menurutnya, wang derma yang dikumpul pihaknya akan digunakan untuk membeli beberapa buah khemah sebagai tempat berteduh dan pek makanan kepada mangsa dan kain kapan untuk digunakan bagi mengebumi mangsa yang meninggal dunia.

Kata Amzar Khalil, MyFundAction turut bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Turkiye bagi memudahkan pemberian sumbangan kepada mangsa.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI