fbpx

Isyariana takut kahwin, suka lelaki pendiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISYARIANA

PETALING JAYA – Pelakon Isyariana mengakui sikapnya yang sukar mempercayai lelaki menjadi punca utama takut untuk mendirikan rumah tangga dan masih membujang sehingga hari ini.

Pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 33, itu berkata, kegusaran membelenggu dirinya itu juga disebabkan pernah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah sebelum ini.

“Saya takut hendak kahwin sebab susah nak percaya lelaki. Ada hubungan cinta sebelum ini terlerai begitu sahaja sebab saya ambil masa terlalu lama dan buat pasangan bosan.

“Mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya suka untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar drama Isteri Halal di sini semalam.

Bekas bintang Akademi Fantasia 2016 itu bagaimanapun menpis dakwaan serik untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta kerana pernah dikecewakan bekas teman lelaki.

“Bukan serik untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa bahkan saya tiada pengalaman dikecewakan pun.

“Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini namun tidak pernah menutup puntu hati untuk mengenali mana-mana lelaki.

“Biarlah Tuhan yang tentukan, doakan saya jumpa jodoh terbaik,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menjelaskan, dia sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan insan yang tepat kerana tidak sanggup berhadapan dengan episod perceraian.

“Saya percaya jodoh itu akan ada dan tidak menolaknya. Kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan lebih senang dan terbuka untuk menerima.

“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya.

“Kalau boleh saya tak mahu berhadapan dengan perceraian tetapi aturan hidup kita hanya Tuhan yng tahu,” ujarnya lagi.

Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, dia mengimpikan seorang yang pendiam dan bukan daripada kalangan selebriti.

“Saya suka lelaki yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting sahaja, biar saya yang banyak bercakap.

“Kalau boleh nak orang biasa sahaja dan elak individu yang bergelar selebriti,” ujarnya.

Selain Isyariana drama arahan Uchee Fukada serta terbitan Radius One itu turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Uqasha Senrose, Aidit Noh dan Nazim Othman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI