fbpx

Dua ipar pecah rekod dunia tarik van 51 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baker dan Darwen masing-masing menarik sebuah van sejauh 51 km untuk menjadi pemegang bersama Rekod Dunia Guinness. - Guinness World Records

LONDON – Dua lelaki warga Britain memecah Guinness World Records dengan menarik van seberat 1.65 tan pada jarak sejauh 51 kilometer (km), lapor agensi berita United Press International (UPI), kelmarin.

James Baker, 36, dan John Darwen, 32, menjalankan percubaan memecah rekod dunia secara di Elvington Airfield, Yorkshire.

Kedua-dua mereka berhenti tepat 51 km untuk menjadi pemegang Guinness World Records kategori jarak paling jauh menarik kenderaan dalam masa 24 jam secara individu.

Ipar itu berkata, perjuangan Darwen melawan penyakit leukimia 14 tahun lalu memberi inspirasi kepada mereka untuk menyelesaikan cabaran setiap tahun bagi mengumpul dana.

Mereka pada awalnya berlari maraton sebelum menyahut cabaran yang lebih sukar iaitu memecah rekod dunia dengan menarik van.

Menurut dua lelaki itu, rekod yang perlu dipecahkan ialah 3.4 km ketika mereka mula menyertainya pada 2019, sebelum jarak itu bertukar kepada 34 km.

Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk terus berlatih dan pada Oktober 2021, mereka berjaya mencipta rekod pada 35.6 km.

Setelah memutuskan untuk menarik van dengan lebih jauh, 10 bulan kemudian, mereka berjaya melakukannya pada jarak 51 km.

Rakan mereka, Daniel Callaghan juga cuba memecahkan rekod, tetapi terpaksa berhenti selepas 22.5 km kerana ligamennya terkoyak pada buku lali.

Percubaan rekod itu bertujuan mengumpul wang untuk badan amal, Redeeming Our Communities and Cancer Research U.K. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI