fbpx

Diserang isu curang, Hafidz Roshdi ‘provok’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA kini, Hafidz Rosddi belum membuka mulut berhubung dakwaan isteri yang mendedahkan kecurangannya.

PETALING JAYA – Seolah-olah mencabar ‘jabatan netizen negara’, pelakon Hafidz Roshdi yang terpalit isu kecurangan menduakan isterinya dilihat sengaja membuat hantaran berbaur provokasi dalam media sosial.

Menerusi perkongsian gambar sedang duduk bertinggung sambil menjuri ke bawah merujuk ruangan komen dengan ekpresi wajah yang sarat tanda tanya, pelakon itu dilihat sengaja membiarkan netizen tertanya-tanya motif perbuatan dan kesahihan pendedahan kecurangan oleh isterinya.

“Tengah komen kat bawah ke tu,” tulis hero drama Tundukkan Playboy itu pada ruangan kapsyen sambil menyertakan emoji mata menjeling.

Ayat tersebut nyata seperti memberi lesen kepada warganet untuk berterusan meninggalkan pesanan buat bapa kepada dua cahaya mata itu.

“Tengah mencari siapa wanita yang dikatakan curang dengan awak,” kata seorang pengguna akaun bernama Wawa.

“Tengoklah muka anak-anak. Tak sedih dan kesian ke? Curang itu pilihan. Kesian kat isteri awak,” tulis Wan pula.

Seorang pemilik akaun lain pula menganggap Hafidz sedia diboikot selain meminta aktor berusia 29 tahun itu menanti saja pendedahan baharu berkenaan skandalnya.

“Meminta untuk diboikot ke mamat ini? Kau sabar kejap kepam. Sekejap lagi media buat ‘cover story’ pasal kau dengan skandal Bebydorra kesayangan,” katanya.

Sementara itu, gambar wanita didakwa sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Hafidz dan isteri kini mula tular bersama rakaman mesej mereka.

Malam tadi pula, aktor yang tidak menjawab panggilan media itu turut membuat siaran langsung dalam Instagram, namun hanya menunjukkan keadaannya berjalan sendirian untuk pulang ke rumah.

“Kami mahu jawapan,” itu antara kata-kata yang ditinggalkan warga maya.

Bagaimana, dia yang kadangkala tersenyum membaca komen terus mengakhiri ‘live’ tersebut tanpa bersuara.

Pada masa sama, Hafidz yang pada dua minggu lalu menafikan gosip curang itu turut mengajak netizen mengikuti akaun TikToknya pula.

Semalam, Shuhada, 29, mendedahkan rumah tangganya diganggu wanita lain yang didakwa sanggup datang ke rumah sehingga membuatkan dirinya dan anak-anak menderita.

Perkahwinan pasangan yang menjalin cinta sejak di zaman kolej itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI