fbpx

ChatGPT tidak sesuai dijadikan rujukan isu hukum agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA- Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan aplikasi ChatGPT untuk dijadikan panduan rujukan pelbagai isu yang melibatkan hukum agama.

Peringatan itu disuarakan tokoh ilmuwan Islam yang juga bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kerana menyifatkan jawapan diberikan sistem tersebut adalah salah.

“Berdasarkan penelitian saya mendapati buat masa ini, ia kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

“Selain itu, sistem kecerdasan buatan (AI) di aplikasi tersebut juga ada banyak masalah. Benar kita boleh mengajar AI jika ia menjawab dengan jawapan salah, tetapi antara elemen utama tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal,” katanya.

ChatGPT atau Chat Generative Pre-Trained Transformer merupakan bot sembang yang diperkenalkan firma OpenAI pada akhir tahun lepas oleh Sam Altman di Amerika Syarikat.

Ia berasaskan teras model ‘chatbot’ untuk cuba meniru gaya perbualan normal manusia termasuk menulis dan menjawab soalan malah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini.

Walau bagaimanapun, sistem itu turut dikritik oleh pelbagai pihak akademik kerana dikesan memberi jawapan dengan ketepatan fakta yang tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.

Meskipun begitu, beliau berpandangan ChatGPT hanya sesuai sebagai panduan umum tetapi tidak semestinya tepat dalam kalangan mereka yang telah ada asas baik subjek agama.

“Namun ia bukanlah ranah atau bidang lapangan ilmu yang bersesuaian untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan tuntas bagi persoalan agama,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI