fbpx

Anggota polis tular jadi perosak rumah tangga disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JASIN – Polis Melaka membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggota menjalinkan hubungan sulit dan menjadi perosak rumah tangga orang seperti klip videonya tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya turut menerima satu laporan yang dibuat suami wanita terbabit terhadap anggota polis berusia 36 tahun berkenaan.

Katanya, sampel klip video tular tersebut akan dihantar kepada pasukan forensik bagi menentukan kesahihannya.

“Kita maklum dengan kejadian ini dan tidak akan berkompromi sekiranya ia benar, satu kertas siasatan dibuka di bawah Sesyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat dan memperdaya isteri orang.

“Kita akan menghantar sampel klip video tersebut kepada pasukan forensik,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi yang disempurnakan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini, tiada tindakan dikenakan dan anggota terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Siasatan kes ini juga dijalankan D11 Kontinjen Melaka dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” katanya.

Semalam tular beberapa hantaran klip video dimuat naik seorang lelaki yang memaparkan dia bersama beberapa penguat kuasa mencekup isterinya berkhalwat dengan lelaki lain didakwa anggota polis.

Katanya, anggota tersebut telah mengganggu rumah tangganya sejak setahun yang lalu, malah lelaki itu juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI