fbpx

Allah Maha Pengampun, jangan tinggal solat – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN pesanan Hafidz Roshdi hari ini meraih ribuan kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Terus diasak komen ‘makan dalam’ netizen susulan pendedahan kecurangan yang diluahkan isteri, Hafidz Roshdi seolah-olah mahu membuktikan dirinya kental berdepan kecaman.

Terbaharu pelakon Tundukkan Playboy itu memuatnaik hantaran berupa peringatan terhadap diri sendiri berkenaan kekhilafan selain menyentuh keampunan Allah.

“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan. Tapi ingat Allah Maha Pengampun,” tulisnya menerusi Instagram.

Perkongsian tersebut disertakan gambarnya sedang tersenyum sambil mengangkat jari telunjuk.

Malah Hafidz, 29, turut menegaskan tidak kira apa perbuatan dilakukan setiap insan, paling penting adalah menjaga ibadah solat.

“Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya lagi dalam ruangan kapsyen.

Memilih lagu dendangan Mawi bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof berjudul Kalah Dalam Menang yang juga runut bunyi filem Munafik, ada netizen berpendapat dendangan berkenaan sebagai lagu idola Hafidz.

Hantaran yang menunjukkan dia tenang menghadapi serangan warga maya itu terus meraih perhatian apabila dalam tempoh dua jam lebih 1,500 komen ditinggalkan pelayar.

“Dia bubuh lagu idola dia,” kata Adila Hassan.

“Welcome to the club (selamat datang ke kelab) tak cukup satu,” tambah Yan Nordiana.

“Kebanyakkan lelaki yang pose gambar angkat jari telunjuk selalunya curang dengan bini,” tulis Wardina.

Tidak kurang yang mengatakan Hafidz sebagai contoh penunggang agama apabila menggunakan sentimen keagamaan selepas berbuat salah.

Semalam, isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendedahkan rumah tangga mereka diganggu wanita lain yang didakwa sanggup datang ke rumah sehingga membuatkan dia dan anak-anak menderita.

Semalam, Hafidz selesa membuat perkongsian dalam laman sosial dengan kapsyen berbaur sindiran serta provokasi apabila akaunnya berterusan diserang netizen.

Malah sejak malam tadi pula tular perkongsian dalam Instagram Jabatannetizennegara20 yang memaparkan mesej didakwa daripada Hafidz kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Dalam paparan mesej tersebut, wanita itu turut mengirimkan gambar kepada individu yang nombor telefonnya disimpan dengan nama ‘Hafidz’.

Perkahwinan pasangan yang menjalin cinta sejak di zaman kolej itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI