fbpx

Wanita rela curi motosikal, telefon bimbit demi teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar suspek dan barang bukti. - Andilala/Slamet Ardiansyah

JAKARTA – Seorang wanita berusia 20 tahun di Indonesia nekad melakukan jenayah mencuri motosikal dan telefon bimbit demi memenuhi permintaan teman lelakinya, lapor laman berita Suara.com.

“Mangsanya adalah penduduk kampung yang memberikan pekerjaan kepada suspek sebagai pengasuh,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pontianak, Indra Asrainto.

Menurut Indra, suspek berinisial NS yang merupakan penduduk di Pontianak Barat, Kalimantan Barat melakukan jenayah itu bersama kekasihnya, AB, 21, ketika rumah mangsa sunyi.

“Suspek membawa lari sebuah motosikal dan telefon bimbit milik mangsa,” kata Indra. 

Apabila pulang ke rumah, mangsa menyedari barang miliknya sudah hilang dan membuat laporan polis.

Berdasarkan pengakuan NS, dia melakukan jenayah tersebut atas permintaan kekasihnya, AB. Wang hasil curi itu digunakan untuk perbelanjaan harian mereka.

Kedua-dua suspek ditahan untuk tindakan undang-undang selanjutnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI