fbpx

Sabah dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap negeri Sabah sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebook rasminya berkata, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk berkenaan adalah sekitar Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Terdahulu MetMalaysia melaporkan berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 17 Februari ini dan berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Sabah.

Sehubungan itu, pihaknya mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada berkuat kuasa sehingga 17 Februari ini melibatkan negeri Sabah.

Katanya lagi, tiada cuaca yang signifikan dijangkakan di tempat-tempat lain di seluruh negara untuk tempoh beberapa hari akan datang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI