fbpx

Rundingan sistem bayaran tol terbuka dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER (dua kanan) mendengar taklimat daripada wakil TNB pada Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi TNB Electron di R&R Ayer Keroh Arah Utara, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Rundingan antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan akan dipercepatkan bagi memperkenalkan sistem bayaran tol terbuka kepada pengguna lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengenalan sistem baharu itu akan mengurangkan kebergantungan terhadap mod pembayaran sedia ada.

Menurut beliau, usaha itu juga sebagai alternatif sebelum sistem kutipan tol aliran bebas berbilang lorong (MLFF) dilaksanakan pada 2025 dan projek perintis akan dilaksanakan lebih awal sebelum pelaksanaannya dibuat secara meluas.

“Kita akan buat projek perintis (sistem bayaran tol terbuka). Kita kena uji sistem itu dahulu untuk melihat mana yang terbaik dan (dilakukan) lebih awal daripada jangkaan pelaksanaan MLFF pada 2025.

“Sekiranya berpuas hati, sistem bayaran tol terbuka ini akan dimulakan memandangkan terdapat implikasi kewangan yang pastinya memerlukan penglibatan Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Electron di sini, hari ini.

Berhubung pelaksanaan MLFF, Alexander berkata, sistem itu dijangka dapat dilaksanakan lebih awal dengan mengambil contoh beberapa negara lain yang telah mengimplementasikannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI