fbpx

Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ALI mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan MKT pada sidang media di Baitul Tariq Klebang, Melaka, malam tadi. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menawarkan diri buat kali pertama bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti bulan depan.

Mohamad Ali berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat ramai pemimpin UMNO tidak lagi menghormati institusi Presiden.

Beliau turut mengesahkan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang disandang sejak 2018 dan bakal dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

“Saya bertanding jawatan Ahli MKT ini juga atas desakan dalam kalangan pemimpin bahagian di seluruh negara dan saya menyahut cabaran ini untuk menawarkan diri. Saya sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara tidak mudah dibeli atau diperkotak-katikkan kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

“Jika dipilih sebagai Ahli MKT, saya bersedia membantu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO,” katanya dalam sidang akhbar khas di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini malam tadi.

Beliau turut menamakan Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Sazali Muhd. Din selaku calon Naib Ketua Bahagian.

“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Rais cuma kita berdua menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI