PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT UMNO sebelum mesyuarat bermula di Menara Dato Onn, malam ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Twitternya, hari ini.
“Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari 2023 dimulakan dengan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO.
“Selamat berkhidmat demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar #rakyat #Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE