fbpx

Premis kitar semula punca air longkang warna hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN premis kitar semula plastik yang menjadi punca air longkang di Kampung Chegar Medang, Bentong, Pahang bertukar warna. - Foto IHSAN JAS

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengarahkan sebuah premis kitar semula barangan plastik di Bentong, Pahang agar menghentikan operasi serta-merta.

Malah ujarnya, agensi itu turut melakukan penahanan operasi kelengkapan ke atas premis berkenaan selain pensampelan efluen diambil untuk dianalisis oleh pihak Jabatan Kimia.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan dapati premis lepaskan sisa ke parit industri yang mengalir ke longkang awam di Kampung Chegar Medang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut JAS berkata, susulan aduan orang awam pegawai dari pejabat agensi itu cawangan Temerloh telah bergegas menjalankan proses penyiasatan di longkang terlibat.

“Kompaun sudah pun dikeluarkan kepada pihak premis tersebut di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan (Buangan Terjadual) 2005,” tambahnya.

Kertas siasatan bakal disediakan JAS bagi kesalahan di bawah peraturan sama manakala notis arahan Seksyen 31 dan 37 juga dikeluarkan untuk tindakan pembaikan sewajarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan lebih 1,500 penduduk di perkampungan tersebut gempar apabila air longkang berdekatan kawasan perindustrian itu secara tiba-tiba bertukar warna hitam.

Keadaan tersebut didakwa berlaku sejak Selasa lalu dengan air mengalir deras ke Sungai Benus melalui kampung itu yang pada mulanya agak jernih menjadi gelap selepas hujan.

Keadaan itu turut mengakibatkan bau busuk dan mengganggu kehidupan harian penduduk yang bimbang air berkenaan ada bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI