fbpx

PM tiba di tanah air selepas selesai lawatan ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dilaporkan tiba di tanah air hari ini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di tanah air hari ini kira-kira pukul 9 pagi tadi selepas selesai mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi melihatkan sendiri keadaan sebenar kejadian gempa bumi yang melanda beberapa wilayah di sana.

Ketibaan Anwar bersama Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali disambut Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Terdahlu, semasa lawatannya di negara tersebut, Anwar bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Ankara semalam bagi menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat dalam membantu warga Turkiye yang terkesan akibat gempa bumi.

Pada masa sama, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Malaysia dan memaklumkan berkenaan bentuk bantuan yang telah diusahakan pihak kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di bawah pimpinan Erdogan.

Selain itu, beliau sempat menyantuni pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi, Turkiye dan berasa bangga atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI