fbpx

Peniaga jual popia ‘angin’, kaut untung RM1 sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar popia goreng berintikan dua urat tauge yang dibeli seorang pengguna Twitter.

PETALING JAYA – Masih ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan pada harga mahal dengan mengurangkan kualiti termasuk inti popiah goreng.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, kecewa apabila popia goreng yang dibelinya berintikan ‘angin’ (kosong) dan hanya terdapat dua urat tauge meskipun secara luaran saiznya kelihatan besar.

Menurut pengguna itu, popia goreng tersebut dijual pada harga RM1 sebiji.

“Orang yang jual nak pergi Mekah balik hari, popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang.

“Kayalah penjual, RM1 satu batang (sebiji), kerepek (kulit popia) sahaja RM1, sayur dua urat sahaja, zalimlah penjual,” luahnya dengan kecewa menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video di media sosial.

Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut meraih lebih 200,000 tontonan dan rata-rata orang ramai mengecam tindakan peniaga seperti itu.

“Tahu harga barang mahal, tapi tak wajar hasilkan kualiti makanan seteruk itu, peniaga naikkan harga jualan, tapi kenapa intinya perlu dikurangkan?,” soal Hiryati.

“Memang ramai orang berniaga nak kejar untung semata-mata sampai lupa keberkatan dalam berniaga, memang pilihan anda untuk jual harga berapa, tapi jangan melampau sangat caj mahal, inti pun tak ada,” ujar Rozaini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI