fbpx

Lelaki pecah kepala digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 23 tahun maut di tempat kejadian setelah digilis treler tengah malam tadi.

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki temui ajal setelah digilis oleh sebuah treler dalam satu kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, tengah malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi Hainan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 tengah malam.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah treler kira-kira 12 meter telah melanggar seorang mangsa sehingga pecah kepala.

“Anggota bertugas bertindak membuat pemeriksaan dan membantu pihak ambulans menutup mayat. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kaunter aduan Trafik Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh menerima laporan kemalangan kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati pemandu treler berusia 38 tahun telah meletakkan kenderaan di kawasan terbabit pada pukul 8.30 malam untuk singgah balik ke rumah sebelum bergerak semula untuk mengambil muatan di Pelabuhan Klang.

“Ketika sedang menghidupkan enjin pada pukul 12.40 tengah malam, terdapat seorang individu memaklumkan bahawa pemandu telah melanggar seorang lelaki yang berada dalam keadaan terbaring di bahagian tayar belakang kanan.

“Mangsa berusia 23 tahun yang tidak bekerja telah meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa didapati terbaring atas jalan sebelum digilis oleh pemandu namun siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Ujarnya, mayat di bawa ke Forensik Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat dan kes masih disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI