fbpx

Mahkamah: Pembantu tukang masak dituduh sebabkan kematian majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan menyebabkan kematian lelaki warga emas, awal bulan ini.

ALOR SETAR – Seorang pembantu tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang warga emas, awal bulan ini.

Tertuduh, Azahari Hamid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan gopoh sehingga menyebabkan kematian warga emas, Ishak Othman, 69.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah restoran di Jalan Stadium di sini kira-kira pukul 5.15 petang, 4 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan manakala tertuduh diwakili peguam, Pyara Singh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI