fbpx

Lelaki nyaris maut kereta masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda Civic milik mangsa yang jatuh ke dalam gaung dalam kejadian di Jalan 2/125E, Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung berhampiran sebuah pusat beli belah, Jalan 2/125E, Taman Desa Petaling, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 3.21 petang.

Menurut kenyataan itu, seramai tujuh anggota lain-lain pangkat serta dua buah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Besi digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna hitam jatuh ke dalam gaung yang berkedalaman 15 hingga 20 meter.

“Pemandu yang juga lelaki tempatan berusia 39 tahun berjaya diselamatkan dan dikeluarkan anggota di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ekoran kejadian itu, mangsa hanya mengalami cedera ringan di muka dan tangan sahaja.

“Sejurus itu, mangsa diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI