fbpx

Lawatan Presiden Steinmeier perkukuh hubungan Malaysia, Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Frank Walter Steinmeier.

PUTRAJAYA – Selepas hampir 30 tahun berlalu, seorang lagi Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dan isterinya, Elke Budenbender tiba di Malaysia bagi melakukan lawatan negara selama tiga hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pemimpin Jerman itu diiringi para pegawai kanan, perniagaan dan petugas media negara tersebut sebagai usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat dua negara.

Kali terakhir Presiden Jerman pernah membuat lawatan ke Malaysia ialah pada 1997 lalu oleh Prof. Dr. Roman Herzog dan sebelum itu pada 1986 oleh Richard von Weizsaecker.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Steinmeier akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong di pekarangan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur pada pagi esok.

Selepas itu, beliau dijangka menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk membincangkan pelbagai isu berkepentingan.

“Pemimpin Jerman itu juga dijangka melakukan program lawatan rasmi ke Pulau Pinang dan Sarawak sepanjang beliau berada di Malaysia hingga Sabtu ini,” kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan 27 negara ahli Kesatuan Eropah dengan lebih 700 firma Jerman memiliki operasinya di seluruh Malaysia.

Sepanjang tahun lepas, nilai perdagangan Malaysia dengan Jerman melonjak sebanyak 10 peratus apabila mencatatkan RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion pada 2021.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI