fbpx

Khairy anggap pengiktirafan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy sah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT selain memikul tanggungjawab sebagai Penasihat Belia Johor. – FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat belia Johor sebagai satu pengiktirafan besar.

Sebagai balasan, Khairy cukup berterima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bersedia untuk mencurahkan segala pengalamannya untuk pacu Harimau Selatan meraih pencapaian lebih baik berban­ding sebelum ini.

“Saya amat teruja untuk me­nyertai JDT FC yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi cemerlang pada setiap musim perlawanan.

“Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada untuk membantu DYAM Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT FC kelab bola sepak paling unggul di benua Asia.

“Di samping itu, saya juga akan membantu merealisasikan hasrat DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia Bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak,” katanya menerusia ciapan di media sosial Facebook.

Untuk rekod, bekas Ahli Parlimen Rembau itu memiliki pe­ngalaman dalam hal ehwal bola sepak tempatan apabila pernah dilantik sebagai Timbalan Pre­siden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.

Malah, Khairy juga pernah menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018 dan dalam masa sama muncul individu penting bagi idea penubuhan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Sebelum ini, Tunku Ismail menerusi IG Story beri bayangan bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal sertai keluarga JDT dan mungkin menjawat jawatan Ke­tua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Tahniah dan selamat datang ke kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pe­ngarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut pengumuman JDT menerusi media sosial rasmi kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI