fbpx

Kena kayu golf, Choi Bomin dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOMIN

GARA-GARA kayu golf orang lain terkena ke mukanya semasa sedang berlatih, penyanyi Choi Bomin mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Akibat insiden yang berlaku pada September tahun lalu, anggota kumpulan Golden Child itu juga harus menjalani pembedahan bagi memulihkan wajahnya.,

Perkara tersebut didedahkan syarikat pengurusannya, Woolim Entertainment hanya selepas enam bulan Bomin menerima rawatan.

Sehingga kini, kesihatannya beransur pulih dan sudah diberi pelepasan untuk kembali.

“Choi Bomin sedang menjalani rawatan pemulihan, tetapi dia akan mengambil bahagian dalam jadual Golden Child dan jadual peribadi selepas berbincang dengan perkara perubatan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang bimbang dengan kesihatan Bomin.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk menyokong dan bekerja keras memberikan tumpuan kepada pemulihan sehingga Bomin sihat sepenuhnya,” kata wakil agensinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI