fbpx

Jurutera maut rempuh kereta belok mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa tercampak ke dalam longkang selepas terlibat kemalangan di KM 60.4 Jalan Alor Setar- Butterworth di Bakar Arang, Sungai Petani malam semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang jurutera sebuah kilang di sini maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kilometer 60.4 Jalan Alor Setar-Butterworth di Bakar Arang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu, mangsa, M. Hemraj, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata,
siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda CBR500 di belakang kiri kereta itu dan kedua-duanya dari arah Central Square ke Bakar Arang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Toyota Vios berusia 45 tahun membelok ke kiri ke kawasan bangunan kedai secara mengejut.

“Disebabkan jarak terlalu dekat mangsa tidak dapat mengelak lalu merempuh pintu hadapan kereta. Mangsa tercampak ke dalam longkang di bahu kiri jalan dan maut di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga dari Sik tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN