fbpx

Gempa Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat kes kecemasan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa kemalangan dirawat di HMM, semalam.

PETALING JAYA – Hospital Medan Malaysia (HMM) yang telah memulakan operasi sejak semalam, telah menerima kes kecemasan pertama melibatkan dua orang mangsa kemalangan kenderaan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Facebook hari ini memaklumkan, mangsa-mangsa kemalangan dibawa oleh pasukan hospital tempatan ke HMM dan dirawat di unit kecemasan serta dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut.

Katanya lagi, pasukan ATM akan terus memberi bantuan perubatan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

Terdahulu, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd. Dom berkata, operasi HMM itu akan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap 1 dan 2 termasuk prosedur pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI