fbpx

Gempa Turkiye: Budak 5 tahun selamat terperangkap 4 hari bawah runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman keadaan kanak-kanak berusia lima tahun yang terperangkap selama empat hari di bawah runtuhan di Turkiye.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dijumpai dalam keadaan selamat selepas empat hari terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye.

Keadaan kanak-kanak tersebut dirakam oleh pasukan sukarelawan yang turut bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan di bandar Gaziantep.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh salah seorang sukarelawan bertugas mengenai kesukaran sepanjang terperangkap, kanak-kanak tersebut memberitahu seolah-olah ada ‘individu’ serba putih datang menemaninya.

“Anda (kanak-kanak) tak rasa lapar atau dahaga sepanjang 112 jam terperangkap bawah runtuhan, bagaimana anda boleh bertahan selama ini?,” soal sukarelawan tersebut.

“Ada seorang lelaki berpakaian serba putih datang dan memberi makanan serta air untuk saya,” balas kanak-kanak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI