fbpx

Caprice minta Ali Puteh jadi ‘jantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE tegur Ali Puteh supaya memudahkan urusan hidup Hidayah selepas kematian Abam Bocey.

PENDEDAHAN pelawak Ali Puteh tentang bayaran bil elektrik dan air kediaman Allahyarham Abam Bocey yang tidak dipedulikan balunya, Hidayah mencuit perhatian Caprice.

Penyanyi rap yang juga penceramah bebas itu memberi teguran supaya pelawak terbabit mempermudah urusan ibu tunggal serta anaknya itu yang tiada lagi tempat bergantung.

Kata Caprice, tak perlu dedahkan kepada kepada umum perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya sendiri seolah-olah dia pula menjadi mangsa. Jadilah lelaki sebenar.

Baginya, kunjungan Hidayah ke rumah peninggalan arwah juga seharusnya tidak menjadi isu, jika Hidayah diberikan akses iaitu kunci pendua supaya boleh datang bila-bila masa ke kediaman yang dibeli arwah suaminya itu.

Perkongsian Caprice disokong netizen yang rata-rata berpendapat Ali sengaja cari fasal terhadap kakak iparnya.

Mizz Lahar pun harap lebih baik pelawak tersebut tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengakibatkan dirinya menjadi sasaran serangan ramai atau lebih teruk lagi disaman sekali lagi.

Mizz Lahar: Kagum dengan kepatuhan Nad Zainal terhadap suami baharunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI