fbpx

Bunuh tunang guna sepana kerana berang dituduh perkosa lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. – Pandu Laju

JAKARTA – Gara-gara berang dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor lembu, seorang lelaki dari Ende, wilayah Nusa Tenggara Timur membunuh tunangnya menggunakan sepana, lapor portal berita Coconuts semalam.

Ketua Unit Jenayah Polis Ende, Yance Kadiaman berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai MO, 44, menyerang mangsa, AR, 35, sebanyak dua kali.

Serangan pertama berlaku pada 4 Februari lalu di mana dia menyerang mangsa menggunakan tangan kosong. 

Serangan kedua dilakukan pada 7 Februari di mana suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana yang menyebabkan wanita itu mengalami cedera parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya kerana mengalami kerosakan pada otak selepas dimasukkan ke hospital.

“Suspek marah terhadap mangsa kerana menuduhnya bersekedudukan dan melakukan hubungan seks dengan seekor lembu di ladang mereka,” kata Yance.

Jika didapati bersalah, MO berdepan hukuman penjara 15 tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI