fbpx

Bumbung beranda kuarters kesihatan Pekan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUMBUNG beranda hadapan kuarters Jabatan Kesihatan Pekan yang runtuh di Pekan, hari ini.

PEKAN – Penghuni kuarters Jabatan Kesihatan Pekan, di sini, terkejut apabila bumbung beranda hadapan bangunan berkenaan runtuh kira-kira pukul 2.58 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pekan (BBP) segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Runtuhan itu menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di bawah beranda kuarters tersebut mengalami kerosakan,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak bomba segera membuat pemeriksaan terperinci keadaan kediaman tersebut bagi memastikan ia benar-benar selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI