fbpx

Bekas penjaga gol Terengganu seronok jual sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamat menyusun sayur-sayur jualannya di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Bekas penjaga gol Terengganu era 1970-an, Mamat Embong, 70, tidak menyesal ‘melawan’ nasihat jurulatihnya dengan menjadi peniaga sayur sejak bersara lebih 35 tahun lalu.

Menurutnya, kerjaya kurang glamor itu menjadi punca pendapatannya ketika ramai rakan seangkatannya terus menempa nama sebagai pemain bola sepak dan terjun ke bidang ­kejurulatihan.

“Sebelum ini, saya menjadi penjaga gol Terengganu di bawah bimbingan ketua jurulatih Abdul Rahman Ibrahim selama lapan musim sebelum terpaksa bersara pada 1981 pada usia 28 tahun akibat kecederaan lutut.

“Beliau (Abdul Rahman) mencadangkan saya menjadi jurulatih selepas bersara, namun le­bih berminat menjual ikan atau sayur di pasar,” katanya.

Mamat berkata, berkat kegigihannya berniaga di Pasar Chabang Tiga sejak 1988, dia kini memiliki kehidupan memuaskan dan mampu membesarkan ­kesemua tujuh anak-anaknya.

Mengimbau kenangan bergelar pemain, dia membe­ritahu hanya dibayar elaun latihan harian RM2 selain elaun perlawanan berjumlah RM50.

“Profesion bola sepak mula berubah apabila liga semi-pro diperkenal pada tahun 1989.

“Begitupun, saya lebih selesa terus mencari rezeki dengan menjual sayur,” katanya.

Mamat berkata, walaupun telah lama meninggalkan dunia bola sepak, banyak kenangan pahit manis masih diingatinya termasuk bersama legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

“Insiden bas pasukan dibakar penyokong selepas menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Malaysia tahun 1970-an segar dalam ingatan,” katanya.

Mamat berkata, walaupun sibuk berniaga sayur, dia kadang-kala meluangkan masa bermain dalam perlawanan amal bagi tujuan mengutip derma membantu bekas pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI