fbpx

93 ventilator tidak dapat digunakan, kerajaan rugi RM13.07 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat digunakan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, hari ini berkait program Pengurusan Wabak Covid-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pembelian ventilator itu dibuat di antara tahun 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan Covid-19.

“Ia sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah RM13.07 juta kepada kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata, audit yang dijalankan mendapati, sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) masih belum dipulangkan oleh dua kerajaan negeri iaitu Selangor dan Sabah setakat April 2022.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengesahkan baki akhir yang akan dipulangkan kepada dan KWAN adalah RM17.40 juta, manakala bagi Kerajaan Selangor pula berjumlah RM47.38 juta,” katanya.

Ujarnya, Selangor dan Sabah sepatutnya memulangkan baki KWAN itu selepas program itu tamat pada Oktober 2022.

Selain itu, Nik Azman berkata, laporan audit turut mengesan lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara iaitu 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

“Lebihan stok ini adalah disebabkan oleh perubahan prosedur pemakaian PPE dalam pengurusan pandemik Covid-19 pada Februari 2022 dan penurunan bilangan pesakit Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, LKAN turut mendapati, sebanyak 1.10 juta dos vaksin telah luput tempoh jangka hayat di antara satu hingga 212 hari.

Nik Azman berkata, nilai perolehan dos vaksin melalui perolehan kerajaan yang telah luput tempoh hayat tidak dapat ditentukan pihak audit susulan perekodan vaksin melalui sistem pengurusan vaksin (VMS) tidak dapat dikategorikan berdasarkan kaedah perolehan vaksin.

“Setakat April tahun lalu, sebanyak 71.26 juta dos telah digunakan dan mempunyai baki sebanyak 11.59 juta dos vaksin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI