fbpx

5 tip elak jadi mangsa sindiket derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERHATI-HATI dengan pautan derma di dalam media sosial. – GAMBAR HIASAN

TRAGEDI gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu bukan sahaja mengorbankan puluhan ribu nyawa, malah menjejaskan kehidupan masyarakat terlibat.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu meruntuhkan banyak bangunan pangsapuri di Turkiye dan Syria sehingga menyebabkan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal.

Video-video misi menyelamat mangsa-mangsa tragedi tersebut telah tersebar di media sosial.

Ini secara tidak langsung mengundang emosi sedih kepada masyarakat di seluruh dunia.

Seiring itu, sebilangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen derma untuk disalurkan kepada mangsa di kedua-dua buah negara tersebut.

Malangnya, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengutip derma kilat untuk mangsa tragedi berkenaan.

Justeru, minggu ini, Horizon ingin kongsikan tip bagi mengelakkan diri daripada tertipu dengan sindiket kutip derma.

 

Selidik latar belakang badan amal
Cari badan amal yang memiliki rekod baik dalam menguruskan kerja-kerja kebajikan.
Sekiranya tidak pasti, jangan segan untuk bertanya kepada badan amal tersebut. Jika ia adalah badan amal berdaftar, mereka tidak memiliki masalah untuk berkongsi rekod kerja kebajikan terdahulu. Boleh baca ‘review’ secara online untuk pencerahan.

 

Jangan derma pada orang perseorangan
Berhati-hati sekiranya akaun derma tersebut dibuat atas nama orang perseorangan dan bukan atas organisasi badan amal yang dinyatakan.
Jangan kongsi maklumat bank atau kredit kad kepada mana-mana individu atau organisasi.
Badan amal yang sah tidak akan meminta maklumat berkenaan untuk pemindahan wang.

 

Berhati-hati dengan pautan derma di media sosial

Jangan derma berdasarkan maklumat yang terdapat pada akaun media sosial. Lihat dahulu sama ada akaun tersebut adalah rasmi atau palsu yang menggunakan nama organisasi badan amal terkenal.
Berhati-hati juga dengan pautan yang keluar pada laman web termasuk laman web rasmi. Teliti betul-betul sebelum klik.

 

Tiada paksaan dalam menderma
Jika pihak pengutip derma menggunakan taktik mendesak ketika meminta derma, itu merupakan satu red flag. Ini sering terjadi di tempat pengumpulan dana secara fizikal atau pengutip dana dari rumah ke rumah.
Biasanya, badan amal yang berdaftar akan mengalu-alukan sumbangan penderma pada bila-bila masa.

 

Simpan rekod derma
Penyimpanan rekod membantu penderma mengesahkan transaksi kewangan.
Pastikan amaun yang dicaj ke akaun bank sepadan dengan jumlah didermakan. Jika terdapat caj tambahan untuk sumbangan tersebut, hubungi institusi kewangan dengan segera.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI