fbpx

Warga emas tertelan skru ketika jalani rawatan gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skru itu didapati tersangkut pada paru-paru seorang pesakit. - Jam Press

MADRID – Sepasukan doktor di Sepanyol terkejut apabila menemui sebatang skru dalam paru-paru seorang wanita warga emas selepas dia didakwa menelannya semasa menjalani satu prosedur pergigian, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita berusia 70 tahun itu menyedari ‘sesuatu yang tidak kena’ selepas mengalami jangkitan pernafasan tanpa sebab yang jelas, lapor laman berita Jam Press.

Dia mengunjungi Hospital Vithas Vigo di bandar Pontevedra di mana imbasan X-ray mendedahkan punca ketidakselesaannya. Sebatang skru logam bersaiz 9 milimeter tersangkut pada paru-parunya.

Rakaman yang diambil menerusi alat bronkoskop (tiub fleksibel dengan kamera) memaparkan kedudukan skru di dalam saluran pernafasannya. 

Menurut satu kajian kes, wanita itu seolah-olah terhidu bau logam ketika menjalani beberapa rawatan pergigian yang bermula sejak hampir setahun lalu.

Pada awalnya, doktor memasang dua implan tulang pengganti pada giginya, diikuti satu prosedur akhir dua bulan kemudian.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dia tidak pernah menelan apa-apa skru. Ia dilaporkan terperangkap dalam sistem pernafasannya selama lapan bulan.

Doktor berjaya mengeluarkan bendasing itu menggunakan forsep dalam satu prosedur selama beberapa jam. Dia kemudian dibenarkan pulang dan pulih dengan baik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI