fbpx

Tujuh beranak nyaris dihalau keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Asyikin bersama anak-anaknya di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman baru-baru ini.

KEMAMAN – Seorang ibu tunggal tabah dalam membesarkan enam anak bersendirian termasuk seorang yang merupakan orang kelainanan upaya (OKU) kategori fizikal.

Farah Asyikin Ukas, 41, berkata, anak istimewanya yang kini berusia 14 tahun tersebut memerlukan penjagaan khas.

Menurutnya, kos pembelian lampin pakai buang dan susu khas untuk anak istimewanya tersebut sahaja sudah mencecah RM600 sebulan.

“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada elaun sebagai anggota sambilan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kira-kira RM1,000 sebulan.

“Setiap kali menerima elaun, saya akan dahulukan keperluan anak istimewa dan lima anak yang lain,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Bandar Baru Bukit Mentok di sini baru-baru ini.

Farah Asyikin berkata, dia juga perlu memikirkan keperluan anak bongsunya yang kini berusia 11 bulan.

Dia mengakui dengan pendapatan tidak menentu, dia seke­luarga kerap mengalami kesulitan kewangan.

“Kami pernah hampir terpaksa keluar dari rumah ekoran gagal meluaskan sewa bulanan kira-kira tujuh bulan lalu.

“Apapun, walaupun kehidupan kami sukar, saya bahagia ke­rana dapat terus membesarkan enam anak,” ujarnya yang telah berpisah dengan suaminya kira-kira 10 bulan lalu.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank milik Farah Asyikin iaitu 163029029032 (Maybank) atau menghubungi­nya di talian 013-5780 603.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI