fbpx

Tak nak orang lupa, punca KJ jadi DJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Khairy Jamaluddin sebagai penyampai radio di segmen Bekpes Hot di stesen Hot FM pagi ini.

PETALING JAYA – “Saya pun masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya.”

Itu respon spontan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditanya penyampai Hot FM, AG, faktor beliau menerima tawaran dari stesen radio berkenaan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, dengan cara tersebut membolehkan beliau dan masyarakat boleh terus berbincang dan ‘bergurau’ setiap pagi selepas pemecatannya daripada UMNO pada 19 November lalu.

Sebelumnya, sejurus beliau memperkenalkan diri sebagai penyampai baru di Hot FM, Johan secara berseloroh menghasut AG supaya bersama-sama ‘ragging’ Khairy Jamaluddin.

“AG, budak baru, kita ragging,” usiknya.

Kosmo! tadi melaporkan, ramai yang ‘terpaksa’ bangun awal dari kebiasaan semata-mata untuk mendengar suara Khairy Jamaluddin sebagai penyampai di radio.

Difahamkan, gandingannya bersama Johan dan AG di konti Hot FM selama dua minggu adalah bagi menggantikan penyampai Fara Fauzana yang sedang mengerjakan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI