fbpx

Tak kisah orang hanya ingat saya Putera Syazlan – Fimie Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Fimie Don tak kisah sekiranya orang hanya kenal dirinya disebabkan karakter dalam siri kanak-kanak, Hikayat Putera Syazlan. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Sudah menginjak usia dewasa, pelakon Fimie Don tak kisah khalayak hanya mengenali dirinya sebagai anak kecil disebabkan fenomena siri Hikayat Putera Syazlan suatu ketika dahulu.

Kata Fimie atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon, 25, dia bersyukur mempunyai satu karya atau karakter yang benar-benar membekas dalam jiwa peminat sehingga hari ini.

“Saya okey sahaja. Saya tak kisah kalau orang kenal saya sebagai Putera Syazlan atau drama tersebut. Baguslah.

“Lebih baik saya ada cerita yang takkan pernah flop (gagal) berbanding punya banyak cerita tetap orang akan lupa.

“Kalau ada cerita yang boleh menggantikan memori peminat terhadap watak Putera Syazlan, itu akan jadi rezeki buat sayalah,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Fimie yang ditemui pada sidang akhbar siri terbaharu lakonannya, Nenek Bongkok Tiga memaklumkan, dia masih belum puas berlakon dan akan terus memberikan yang terbaik.

“Saya tak habis ‘explore’ banyak lagi watak sepanjang berlakon.

“Ada 8 bilion manusia di dunia ini dan ada 8 bilion karakter yang berbeza. Saya tak rasa saya sampai 1 milion drama atau karakter lagi pun.

“Kalau setahun ada 12 bulan setiap bulan saya berlakon 12 watak sama sahaja (budak sekolah), itu dikira gagal. Tapi, saya tak pernah rasa bosan (berlakon) dan masih berada dalam landasan yang betul,” ujarnya lagi.

Memainkan peranan sebagai Mior dalam Nenek Bongkok Tiga, Fimie berkata, penonton perlu menonton hingga ke episod 10 untuk mengetahui kesudahan siri original Viu Malaysia.

“Cerita ini nak tahu siapa yang betul hidup atau mati, kena tengok sampai habis (episod 10),” ujarnya.

Fimie yang merupakan pelakon kelahiran Kedah mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecil lagi iaitu ketika dirinya berusia lima tahun.

Fimie mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecil lagi iaitu ketika dirinya berusia lima tahun.

Hikayat Putera Shazlan merupakan cerita kanak-kanak yang ditayangkan di Astro Ceria sekitar 16 tahun lalu (2007 hingga 2010). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI