fbpx

Suruhanjaya Portugal dedah 4,815 kanak-kanak jadi mangsa cabul gereja Katholik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Strecht membentangkan laporan yang mendokumentasikan kes melibatkan sekurang-kurangnya 4,815 mangsa setakat ini. – Getty Images

LISBON, PORTUGAL – Sebuah suruhanjaya bebas kini menyiasat skandal keganasan seksual terhadap kanak-kanak di gereja Katholik di Portugal dengan mendokumentasikan kes melibatkan sekurang-kurangnya 4,815 mangsa setakat ini, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Ditubuhkan oleh Persidangan Episkopal Portugal bagi menyiasat kes keganasan seksual sejak beberapa dekad lalu, suruhanjaya tersebut berkata, penemuan mengejutkan itu hanyalah permulaan.

Presiden suruhanjaya tersebut yang juga seorang pakar psikiatri, Pedro Strecht ketika membentangkan laporannya berkata, objektif siasatan berkenaan adalah untuk menyuarakan pengakuan mangsa-mangsa yang selama ini memilih untuk berdiam diri.

“Mereka mempunyai suara, mereka juga mempunyai nama,” ujarnya.

Secara keseluruhan, suruhanjaya itu mendokumentasikan sebanyak 564 pengalaman individu-individu yang mengaku pernah menjadi mangsa keganasan seksual oleh paderi atau pegawai gereja lain.

Kes yang dikumpulkan itu berlaku sejak tahun 1950.

Dalam kebanyakan kes, testimoni merujuk kepada remaja bawah umur yang turut menjadi mangsa. Ia membawa kepada anggaran bahawa ribuan kanak-kanak menjadi mangsa skandal tersebut.

Menurut suruhanjaya sama, sejumlah 25 kes telah diserahkan kepada pendakwa raya awam dengan beberapa kes yang lain jatuh di luar bidang kuasa statut.

Berdasarkan laporan berkenaan, 77 peratus daripada penyerang terdiri daripada paderi dengan pelaku lain dikaitkan dengan institusi gereja.

Sebanyak 77 peratus daripada mangsa tidak melaporkan serangan ke atas mereka kepada pegawai gereja dan hanya empat peratus membuat laporan polis.

Selain itu, kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki, manakala 47 peratus adalah perempuan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI