fbpx

Suami isteri aktif pecah mesin token dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (tiga dari kanan) ketika sidang media di IPD Timur Laut di George Town hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN –  Enam lelaki termasuk dua pasangan suami isteri ditahan polis Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memecah mesin token permainan dan mesin urut di beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang.

Suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berasal dari Johor itu ditahan di Sungai Nibong di sini semasa mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kereta Perodua Alza kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pada 31 Januari lalu, pihaknya menerima laporan seorang lelaki mendakwa mengalami kerugian RM2,365 apabila dua mesin token permainan miliknya di sebuah pasar raya di sini dipecahkan, manakala wang tunai dalam mesin dicuri.

“Susulan daripada laporan ini, satu operasi telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Timur Laut bersama cawangan kereta peronda. Polis berjaya mengesan kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki suspek menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah pasar raya.

“Polis berjaya menahan kesemua suspek berusia 22 hingga 32 tahun itu selepas kereta yang dinaiki mereka berjaya dipintas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Soffian, hasil soal siasat mendapati kesemua suspek terlibat dalam 11 kes pecah mesin duit token iaitu enam di Pulau Pinang, Perak (dua kes), Kedah (dua kes) dan Kelantan (satu kes) sejak Januari lalu dengan melibatkan kerugian RM20,000.

“Mereka bergerak dari satu negeri ke satu negeri bagi menjalankan kegiatan pecah mesin token. Mereka berpura-pura bermain mesin permainan ini dan berkumpul beramai-ramai lalu salah seorang daripadanya akan memotong mangga yang menjadi tempat simpanan wang mesin token ini.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI