fbpx

Suami hilang sejak keluar bekerja Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hasyim hilang sejak Jumaat lalu ketika keluar bekerja di sebuah premis serbaneka di Pekan Rembau.

REMBAU – Seorang isteri memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suaminya, Nor Hasyim NorBadin, 31, yang hilang sejak enam hari lalu ketika keluar bekerja di sebuah premis serbaneka di Pekan Rembau.

Nor Shamira Shamsul Bahri, 32, berkata, kebiasannya suaminya yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dengan nombor plat DDW8422 akan sampai di rumah sekitar pukul 7.30 malam sekiranya bekerja shift pada waktu pagi Jumaat lalu.

Bagaimanapun menurutnya, suaminya itu tidak sampai di rumah iaitu di Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di Senawang seperti biasa menyebabkan dia berasa sangat bimbang.

“Belum pernah lagi terjadi perkara macam ini dan suami juga tak pernah cerita ada apa-apa masalah. Saya sangat bimbang dan pada malam itu juga keluarga saya cuba mencari di laluan pulang ke rumah.

“Malah, kami juga mencari di sekitar Pekan Rembau sekiranya ternampak motorsikal yang digunakan suami, namun hampa,” katanya hari ini.

Menurutnya yang berkahwin dengan suami kira-kira dua tahun lalu, mereka juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang kira-kira dua tahun perkahwinan.

“Saya memohon kepada orang ramai sekiranya ada mempunyai maklumat mengenai suami saya dapat melaporkan kepada balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

-tamat-

Nor Hasyim hilang sejak Jumaat lalu ketika keluar bekerja di sebuah premis serbaneka di Pekan Rembau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI