fbpx

Skuad negara tidak sertai Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN mengesahkan skuad B-23 negara memberi tumpuan aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dan Piala AFF B-23 2023.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad bawah 23 (B-23) negara ke temasya Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada September depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, keputusan untuk tidak beraksi dalam kejohanan sukan berprestij Asia itu telah dibuat selepas perbincangan dengan barisan teknikal baru-baru ini.

“Kita tidak akan hantar pasukan pada temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China pada September ini kerana jurang masa dengan aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 sangat hampir.

“Keputusan telah dibuat secara sepakat selepas berbincang dengan barisan teknikal dan kejurulatihan memandangkan pasukan tidak boleh menyertai semua kejohanan.

“Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, barisan teknikal akan memaklumkan dalam satu sidang media yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, skuad B-23 kekal fokus pada temasya Sukan SEA 2023, kelayakan Piala Asia B-23 2024 dan Piala AFF B-23 2023 yang turut berlangsung tahun ini,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya semalam.

Pasukan muda Harimau Malaya kendalian E. Elavarasan kini sedang melakukan persiapan untuk mengharungi temasya Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja bermula April nanti.

Sukan Asia 2022 yang sepatutnya berlangsung pada tahun lalu telah ditangguhkan ekoran penularan wabak Covid-19 de­ngan penganjuran diubah tarikh pada 23 September hingga 8 Oktober nanti.

Prestasi skuad B-23 kebangsaan pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia boleh dianggap membanggakan apabila mereka mara sehingga peringkat 16 terbaik sebelum tewas kepada Jepun 0-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI