fbpx

SJKT Kemayan ditutup, peralatan sekolah musnah akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURU dan ibu bapa membersihkan kawasan SJKT Kemayan yang dilanda banjir malam semalam.

BERA – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kemayan di sini terpaksa ditutup hari ini akibat dilanda banjir kilat apabila dinaiki air sedalam satu meter yang melimpah daripada sungai berhampiran malam semalam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SJKT Kemayan, S. Nagaraja, berkata banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam itu kembali surut pada pukul 4 pagi.

“Semasa air mula naik saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG dan ibubapa untuk sama-sama membantu memindahkan barang tetapi selepas pukul 12 tengah malam, kami terpaksa keluar dari kawasan sekolah sebab air naik mendadak.

“Kami naikkan barang-barang seperti peralatan elektronik seperti set komputer, fail dan sebagainya ke tempat tinggi, tapi tak sangka, air naik lebih tinggi dari jangkaan kami menyebabkan banyak barangan rosak,” katanya.

Dalam pada itu Guru Besar, P. Subramaniam berkata, hampir 100 peratus barangan di pejabat dan kelas murid termasuk kelas pra-sekolah rosak.

Sementara itu, pengusaha kantin, R. Senderi, 38 memberitahu, semua stok makanan yang disimpan di kantin sekolah rosak dan tidak boleh digunakan lagi akibat ditenggelami air. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI