fbpx

Penganggur bakal berkahwin dua gadis serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar praperkahwinan menunjukkan Rio Kartonis bersama dua gadis yang bakal menjadi isterinya di Sumatera dalam bulan ini. - Foto Istimewa

PALEMBANG – Seorang penganggur berusia 23 tahun bakal berkahwin dengan dua kekasihnya serentak dalam majlis yang dijadual berlangsung 21 Februari ini di Sumatera, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Rio Kartonis, akan bernikah dengan dua gadis tersebut iaitu Desi Lastari, 20 dan Suci Ramadani, 17, yang mana kedua-duanya juga masih belum bekerja.

Rio yang masih menganggur berkata, dia akan tinggal di rumah ibu bapanya selepas melangsungkan perkahwinan.

“Saya belum bekerja, masih ikut ibu bapa” kata Rio.

Lelaki itu mengaku bercinta dengan Desi yang merupakan penduduk kampungnya di Musi Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan. Ketika menjalin hubungan dengan wanita itu, dia turut berkenalan dengan Suci.

Menurutnya, ketika itu, Desi berasa cemburu kerana dia mempunyai seorang lagi kekasih.

Lelaki tersebut yang pernah berkerja di sebuah restoran berkata, ibu bapanya menguruskan urusan pernikahannya itu.

Dalam pada itu, gambar Rio duduk bersama dua bakal isterinya telah pun tersebar di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI