fbpx

Pelanggan tembak pekerja restoran kerana beri minuman salah saiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja restoran Wendy’s ditembak melalui tingkap pandu lalu. - foxnews

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menembak seorang pekerja sebuah restoran makanan segera selepas dia dihidangkan minuman dengan saiz gelas yang salah, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Pekerja restoran Wendy’s yang berusia 16 tahun itu cedera di bahu selepas pelanggan tersebut melepaskan tembakan melalui tingkap pandu lalu.

Ketika kejadian, seorang lagi pekerja berusia 17 tahun cedera tetapi tidak memerlukan rawatan di hospital.

Seorang rakan mangsa berkata, suspek melepaskan tembakan selepas menerima makanan tidak sama seperti yang dipesan.

“Dia memesan gelas besar tetapi mendapat gelas kecil. Dia datang kembali dan melepaskan tembakan.

“Ini adalah kawasan kejiranan dan sibuk. Terdapat kanak-kanak berjalan di kiri dan kanan. Dia tidak boleh buat begitu,” kata pekerja yang enggan identitinya didedahkan.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian pada 8 Februari lalu di Lynn, negeri Massachusetts. Lebih enam buah kereta peronda polis dikerah mengawal kawasan itu.

Polis kemudian mengesahkan kes tersebut, manakala rakaman di tempat kejadian memaparkan dua lubang peluru menembusi tingkap pandu lalu restoran Wendy’s. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI